Gomo FM chat

klik play jika radio tidak play secara automatik
Winamp, iTunes Windows Media Player Real Player QuickTime
klik mana2 ikon player pilihan anda jika player diatas bermasaalah

Tuesday 18 October 2011

JOM JADIK GENG GOMO

DISINI BERKUMPOLNYA BLOG2 GENG GOMO FM. NAK JADIK GENG GOMO FM MUDAH JER.KORANG HANYA PERLU MELETAKKAN MANA2 SATU WIDGET GOMOFM SAMAADA PLAYER RADIO. CHAT BOX ATAU PON BANNER DI BLOG KORANG . DAPAT KN WIDGET DISINI. SELEPAS MELETAKKAN SALAH SATU DARI WIDGET ITU DI BLOG KORANG, SILA TINGGALKAN LINK BLOG KORANG DI SINI !! JADIK, APO TUNGGU LAGI? JOM LAA JADIK GENG GOMO FM!! YEHAAAAAAAAAAA!!!

Tuesday 31 May 2011

Lompat Tikam (Lopak Tike)


Lapisan Bawah (Hijau)
150gm tepung beras
700ml santan cair
100ml air di kisar dgn 8 helai daun pandan) jadikan jus pandan
1 tsp air kapur cair
1/2 tsp garam halus
1/4 tsp pewarna hijau

Lapisan Atas (Putih)
60gm tepung beras
20gm tepung jagung
400ml santan pekat
100ml air
1 tsp garam halus

Sirap Gula Merah
200ml air
100gm gula merah/melaka
60gm gula pasir
sehelai daun pandan
(Masak dan jadikan sirap gula merah)

Bahan-bahan tambahan:
150gm beras pulut - di rendam 3 jam
1 sudu kecil pewarna merah
100ml santan cair
1/8 tsp garam halus

Cara-cara
1. Satukan bahan lapisan bawah, tapis dan masak di dalam kuali dengan api sederhana hingga hampir pekat. Tutup api dan kacau rata. Kemudian tuang ke dalam loyang 8" yang telah di leser dengan sedikit minyak. Tutup dengan aluminium foil dan kukus selama 20 minit.
2. Satukan bahan lapisan atas, tapis dan masak di dalam kuali dengan api sederhana hingga naik wap. Tuang ke atas lapisan bawah, tutup loyang dengan aluminium foil dan kukus lagi selama 15-20 minit.
3. Pulut di rendam bersama air dan pewarna merah selama 3 jam. Toskan dan masukkan santan cair. Kukus selama 20 minit.
4. Potong dan hidang bersama pulut dan sirap gula merah.

**** Boleh juga di masak terus di atas dapur tanpa mengukusnya. Kacau hingga pekat dan tuang ke dalam loyang atau acuan-acuan kecil dan tuang sos santan dan sirap gula.

Tuesday 12 April 2011

cek mek molek


Bahan-bahan ( 6-7 orang )

4 biji ubi keledek
2 cawan gandum-tambah atau kurang sekiranya perlu
Inti : gula secukupnya
Cara-cara

Ubi direbus hingga lembut dan dikupas. Tumbuk/lenyek hingga betul2 lumat (semasa tengah panas2 lagi) dan dicampurkan dgn gandum sedikit demi sedikit dan uli hingga jadi doh. Bulatkan doh kecil2 menjadi bebola. Kemudian doh tadi dileperkan dgn tangan,kalau melekat taburkan sedikit gandum ditangan ataupun minyak masak, kemudian letakkan sedikit gula di tengah dan bentukkan menjadi bujur. Setelah itu bolehlah digorengkan didalam kuali yang berisi minyak yang panas.
*kurangkan gula untuk makanan yang berkhasiat

Tuesday 29 March 2011

kambing berempah


Bahan-Bahan:

600 gm daging kambing (dihiris nipis)
2 camca besar rempah kari
2 camca besar mayonis
1 camca besar cili giling
2 camca besar sos tiram
2 camca besar sos tomato
3 camca besar sos cili
1 camca besar kicap manis 3 ulas bawang putih (dicincang halus)
3 camca besar minyak masak
2 biji bawang besar (dihiris bulat)
4 cm kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
125 - 250 ml air
Garam
Gula pasir

Cara:

Perap daging kambing bersama rempah kari, mayonis, cili giling, sos tiram, sos tomato, sos cili, kicap manis dan bawang putih di dalam mangkuk selama empat jam. Panaskan minyak masak di dalam kuali. Tumis bawang besar bersama kulit kayu manis dan bunga lawang hingga ia keperangan. Masukkan daging kambing bersama bahan perap. Kacau di atas api kuat hingga ia garing. Masukkan air, tutup periuk. Tambah air jika perlu. Biar hingga daging empuk. Akhir sekali, masukkan garam dan gula pasir.

Monday 21 March 2011

KUIH AKOK


Bahan-bahan ( 36 biji )

5 biji telur
200 ml pati santan
100 ml air
150 gram gula manisan (gula melaka)-boleh kurangkan ikut selera
30 gram tepung gandum
3 helai daun pandan- disiat-siat
2 cubit garam halus
Cara-cara

Masak air bersama gula melaka hingga mendidih. Tutupkan api.
Masukkan santan. Tunggu suam sedikit, kemudian masukkan telur,tepung dan daun pandan, gaul rata.Tapiskan untuk menghilangkan ketulan tepung.
Panaskan oven pada suhu 200 darjah celcius. Panaskan acuan baulu ke dalamnya. Masukkan sedikit minyak dalam setiap acuan.
Isi penuh acuan dan bakar selama 10 minit. Kuih ini akan mengembang. Bila dikeluarkan dari oven ia akan sedikit mengecut.